Wednesday, December 16, 2015

Jalan-Jalan Alor Setar dan Perlis



#balingbelakang


ni cerita masa cuti raya haji bulan september lepas.
time ni jugak memang tengah cuti sekolah.
raya haji tahun ni mr abah decide nak balik utara.
kebetulan masa tu ada kawan mr abah kawin kat sik.


hari kami sampai tu, plannya tido rumah mak long kat kuala nerang.
awal sangat sampainya, kami jalan2 kat alor setar dulu.

ohhh...time nih kami semua puasa.
ir.fan & fa.rah beria2 sangat nak puasa sunat hari arafah.
memang terkesan sungguh pesanan ustaz kafa kat diaorang nih.
nak jugak2 puasa walaupun aku macam berat sikit nak bagi sebab nak travel jauh.
dah anak2 puasa, aku pun puasa gak la sebagai pemberi semangat.
dah mr abah nak puasa jugak hehe...
kami siap bangun sahur makan nasik pagi tu.
risau ke anak2 nak travel jauh & puasa plak tu.







saje singgah rumah tun mahathir.
memang aku saje je nak bawak budak2 nih sebab hr tu fa.rah ada buat buku skrap pasal pemimpin.
ingatkan jauh.  rupa2nya rumah nih dekat je ngan tengah bandar alor setar.
lama jugak kami kat sini.  memang habis qatam la baca sejarah tun nih.







pastu budak2 sebok pulak nak ke menara alor setar.
ok2 lah.  moh kita panjat menara plak.
senang sikit berjalan time puasa.  x de la kecoh nak carik tempat lunch haha...
impress jugak ngan budak2 nih.  puasa2 pon berlari sana sini relaks je.
aku plak yg rasa macam nak pengsan panas2 tu haha...






tenang rasa tgk sy.irah tido kat rumah tok long dia nih.
sampai mama pon rasa macam nak tido sekali haha...thanks a lot mak long & family.
kesian pulak dah depa plak sediakan nasik untuk kami bukak puasa.






2nd day raya tu, mak tam nikah (for the 2nd time).
masa awal2 plan nak balik sana, x tau pon mak tam nak nikah.
memang berahsia sungguh.  tp last2 tu bocor jugak rahsia hehe...
ingat x nak kacau pengantin malam pertama.  tp mak tam ok je suh kami tido rmh dia.
kami dapat tido dalam bilik, pengantin plak tido kat ruang tamu haha...
kesian pengantin.


next day tu, lepas breakfast kami terus ke sik untuk kenduri azwan (kawan mr abah).
& bermalam kat rumah mak lang kulim pulak.
balik kali ni memang ziarah mak2 sedara belah mr abah & kenduri je.
x berapa nak jalan2 sangat walaupon naluri pompuan aku nih, harus ler nak singgah padang besar ke bukit kayu hitam ke kan?
tp x sempat huhu...
oh, tapi dapat jugak singgah pekan rabu masa kat alor setar tu.
seb baik singgah masa hari sampai tu sebab nak singgah sebelum ke kenduri azwan tu memang x sempat.
sampai tempat kenduri pon dah kul 3++.


insyaAllah next time kita ke utara lagi...
(tempat jatuh lagi di kenang mr abah nih...harus la kami akan ke sana lagi bila2 nanti)




No comments: