Thursday, December 17, 2015

Jalan-Jalan Marriot Putrajaya



alhamdulillah...aku dah settle paper penyelidikan pentadbiran & dah submit pun.
aku admit untuk kali pertama nih, aku x berapa banyak belajar.
looking forward untuk involve dalam penyelidikan yang lebih mencabar...yg aku boleh belajar banyak lagi.
team penyelidikan aku sangat ohsem.  semua otai2.  seronok sebab dapat belajar, amik ilmu dari diaorang.  bkn bab penyelidikan je, hal2 lain pon aku cedok skali pengalaman diaorang.  bak kata bos aku...dok kat audit nih, jangan rapat2 sangat ngan orang haha... sebab tu aku suka join something di luar tugas hakiki.  ada ilmu, ada pengalaman yang boleh kita korek dari orang lain.


eh...intro panjang plak.
nak cerita pasal bengkel post-mortem hasil penyelidikan kat marriot putrajaya 5-6 disember 2015 hari tu.
cakap kat mr abah, dia pandang semacam sebab pegi bermalam kat hotel yang boleh nampak bumbung rumah dari hotel haha...x pe lah.  saje bawak budak2 lepak2 hotel, boleh terjun pool. 






sebahagian dari team mates.  ada 2 lagi yang x de dalam gambar.




petang tu discussion abis lambat jugak.  dok lepak2 kat bilik lagi pastu.
x jadik la nak terjun pool petang tu.  turun bawah, amik2 gambar sekitar situ, celup2 kaki dalam air...dah hehe...tension budak2.
tp mr abah dah janji nak bawak mandi pool besok paginya.  so x de la bdk2 sedih sangat.


malam tu team leader belanja sate kat taman warisan pertanian.  thanks a lot en asri.  siap belanja ngan family semua.  insyaAllah dimurahkan rezeki en asri.  memang ketua yang pemurah.  sentiasa belanja anak2 buah.


review of marriot putrajaya :

1.  servis kat kaunter sangat lembap.  siap kena beratur.  masa aku nak checkin tu, ada sorang ni nak checkout.  siap potong queue sbb dia nak cepat.  ye lah kan...patutnya ada la separate counter untuk checkin & checkout.  kesian kat org.

2.  bilik ok.  kebetulan aku dapat bilik yang nak dkt ujung.  pemandangan pon pokok2 & jalan raya terlindung.  hmmmm...kalau pandang luar tu, bosan jugak la.

3.  ada disediakan botol air mineral besar dalam bilik tu, atas meja.  eksited aku sebab selalunya hotel sediakan air mineral kecik je kan.  rupa2nya yg tu kena bayar.  yg complimentary dia letak jauh sket kat belah ujung tepi kabinet.  seb baik x terminum.  18 hinggit u ols haha...

4.  breakfast spread...aku bagi 5 bintang.  sampai anak2 x nak balik sebab syok sangat menikmati breakfast haha...tp banyak mana benor la dapat makannya kan?  bdk2 kalau gi hotel memang enjoy bab berendam pool or bath tub...& breakfast.  memang enjoy sungguh aku tengok diaorang.


to my team mates...terima kasih banyak2 atas perkongsian ilmu sepanjang tempoh penyelidikan kita.  walaupun banyak benda x tau sebab baru 1st time kan...tp syok dapat belajar sama2.  ye lah...buat penyelidikan ni di samping tugas hakiki...so haru biru la jugak masing2 bz.

insyaAllah kalau ada peluang aku nak join lagi buat penyelidikan ni.

ohhh...






balik dari marriot, budak2 ajak gi ioi city mall.  dah alang2 sebelah tu je kan, ok lah.
round2 je pon, x beli apa.  ingat nak beli drypers murah kat tesco tu, dah abis pulak huhu...
amik gambar je kat eskem magnum tu haha...sebab masing2 dah kenyang.


No comments: