Thursday, December 10, 2015

November Stories




huhu...lama betul blog ni bersawang.  almaklum ler ada anak kecik nih, berjalan mana2 jarang skali aku bawak henbeg (tapi bila henbeg rosak sket, dah menggelabah ajak mr abah gi shopping carik henbeg baru.  pompuan pompuan hehe...).  tumpang je wallet ngan hp kat "henbeg" mr abah hehe...dah tu harus ler gambar pun kureng.  x syok pulak bercerita tanpa gambar.


some stories through out november...


14.11.2015 - majlis ihtifal kafa ir.fan & fa.rah.  fa.rah masuk persembahan je pun.  kena la bagi support ye x?  berulang kali fa.rah tanya boleh x dia masuk persembahan.  minah sorang nih memang minat kalau dpt perform2 macam nih.  selalunya kalau ada event sekolah during weekends, agak susah sket la.  ada je plan lain yang clash.  so, this time around, aku kasik chance & seb baik workshop ofis aku yg patutnya on the same date ditunda huhu...


kebetulan time ni, ramai yg x sihat.  ir.fan yg sepatutnya join trip sekolah gi melaka pon x dapat nak pegi dek kerana demam, selsema & batuk.  sy.irah pon demam on & off.  is.yraf pon sama.  mr abah awal2 dah bgtau dia nak jaga anak2 je kat rumah huahuahua...so bertiga je la kami ke majlis tu.


x tunggu sampai abis pon.  sebab majlis dibuat petang.  tgk aturcara kul 7pm baru abis.  tp yg last2 tu upacara penyampaian hadiah.  abis je persembahan fa.rah, terus je balik.  kesian kat sy.irah kat rumah tu.







17.11.2015 - sy.irah genap 9 bulan.  kecik je minah sorang nih.  gigi pon x tumbuh lg.  dulu masa iz.ryn lambat tumbuh gigi, aku kalut siap gi tanya doktor.  umur 9 bulan baru dia tumbuh gigi.  bila time sy.irah nih, aku buat dek je la kan sebab dah ada pengalaman.  tp dah 9 bulan dah nih, awat x tumbuh lagi?  mula la kalut aku nih datang smula hehehe...








20.11.2015 - workshop ofis aku yg ditunda minggu lepas, ditukar ke minggu nih.  kali ni aku jadi urusetia.  deal ngan hotel pon aku yg buat.  new experience yang mencuakkan sebenarnya.  takut x mencapai expectation.  alhamdulillah...anak2 semua puas hati hahaha...anak2 je puas hati, officemates aku x tau la puas hati ke x haha...tp x de yg komplen so far.  ok la kot.




Lexis PD.
kebetulan malam tu iz.ryn ada graduation.
so mr abah & the kids datang lewat sikit, lepas event.
sadis betul aku x dpt join.  tp bila sampai sakan aku amik gambar sorang2 kikiki...


ada games pagi ahad tu sebelum checkout.
games kutip kacang guna chopsticks tu aku menang kahkahkah...
pastu the kids pon byk menang jgk.
mana x nya dah ir.fan & fa.rah tu kids yg paling besor, harus la menang kenn?
ngelatttt...

snappo2 sebelum balik.



ooohhh...lupa nak bagi review sket pasal lexis pd.

1. kami dok kat tower.  reason dia sebab tower ni bilik dia besar.  tp kalau nak best ada cermin yang boleh tgk air laut dr dalam bilik, or nak nampak laut dekat depan mata...kena la dok water chalet.  kalau dok kat tower nih, sayup2 je la tgk laut kat bawah.  nak gi swimming pool pon kena turun naik lif hehe...tp bdk2 ok je.  kalau x turun pool, berendam dalam tub yang besar tu pon dah syok.

2. food spread masa breakfast sangat2 ohsem.  tp tea breaks masa bengkel memang nak nangis aku tengok.  dah ler masing2 tepu kepala berbengkel, berbalah (ehh...haha) & berbrainstorming...makanan pulak not as expected.  oh lupa...dah lepas siap booking semua baru dia bgtau bengkel kena buat kat grand lexis sebab x de meeting room yg kosong kat lexis.  seb baik dekat sebelah je.  no hal la walau kena menapak sket.  

3.  staffs memang very friendly.  salah bagi info pon mintak maap berulang kali.  ohh dikkk...akak x kesah.  minta maaf sekali pon ok dah.

4.  lexis x de pantai.  yg kami buat games tu, patutnya nak guna ruang lapang depan lexis tu je.  tapi katanya ruang lapang pon dah fully booked.  so kami tumpang pantai glory beach resort sebelah tu je.

5.  bilik dia best.  tilam best, bantal best.  memang kalau dah baring tu, rasa malas nak bangun.  seb baik pegi sana sebab bengkel.  kalau x, harus la bermalas2 je atas katil.


No comments: