Tuesday, February 23, 2016

JJCM - Mee Racun



sape2 yang ke batu pahat, kalau x penah rasa mee racun...memang la rugi!!
sekali sekala kalau balik bp, selalunya kalau nak makan mee racun, kami akan makan kat gerai depan hotel pine tree.  kalau mr abah, memang dia akan oder mee racun gear box.  aku memang x la...sebab aku lagi suka mee racun biasa2 je...with daging or ayam.  mee racun yang nih a bit manis rasa dia.  tapi sedap la...pada tekak aku.  tekak atok mak & atok, memang x leh pegi...sbb depa dua pakat x suka mee racun hat yang nih hehe...


masa balik bulan 12 hari tu, pak uda opel ada suggest kat satu gerai mee racun nih.
memang x penah pegi sebelum nih.  agak susah sket la untuk yang baru je menjejakkan kaki kat bp sebab dia kena masuk dalam taman perumahan.  tapi, kalau ada waze...senang saje.  kami yang memang orang bp nih pon guna waze sebenarnya hehe...



rupa sahsiah mee racun special



amboiii amboiiii!!


sebenarnya datang sini nak tapau je, makan kat rumah ramai2.
dua orang nih mmg x hingat siap order makan situ dulu...




sate pon ada...order sikit untuk is.yraf


verdict : sedap!!  ni version yang x berapa nak manis as compared ngan yang depan hotel pine tree tu.  kalau tekak aku...aku lagi prefer yang ni kot.  pegi petang kul 6 pon beratur nak dapat tempat duduk.  bayangkanlah kefemesannya di kalangan warga bp hehe...


for those yang tetiba tersesat kat bp & nak try mee racun nih...sila waze


MEE RACUN TULANG
TAMAN SRI JAYA
BATU PAHAT





Saturday, February 20, 2016

Sambutan Maulidur Rasul



masa cuti 1 januari, jalan kat taman perumahan aku nih buat perarakan maulidur rasul.
jalan kami je yang buat...ada dalam 30++ rumah kot sepanjang jalan.
mr abah awal2 memang dah suruh join perarakan ni.  katanya, biar dia yang dokong sy.irah pon x pe.  hmmmm...



sekali tu, pagi perarakan tu hujan la pulak.  hujan rahmat alhamdulillah.
hujan tu nak kata x lebat, boleh tahan jugak.  tapi x la lebat bebenor.  camne nak cakap ek.  apapon, perarakan diteruskan jugak.  berkobar2 mr abah.  letak sy.irah dalam stroller, tolak je siap berpayung2 bagai.  seb baik sy.irah behave je.  x mengamuk pon.  yang huru hara si is.yraf tu hah...dengan payungnya lagi, jalan menonong siap langgar2 orang...last2 tu suh pulak mama dokong.  adoiiii...



ni sebelum start berarak.
hujan berenti kejap...pastu lebat balik



berarak siap berpayung2...tu yang budak2 jadik excited tu haha...
paling excited si is.yraf la...payung lagi beso dr dia

lepas berarak, ada breakfast.  pastu terus sambung gotong royong untuk masak lunch & dinner.  malam tu acara diteruskan lagi dengan ceramah & jamuan.  aku bab2 gotong royong ni memang teringin sangat nak join sebenarnya.  tp ngan budak2 nih...memang x dapek la nak nolong.  mr abah dah join tolong, maka katanya...aku dok rumah la jaga budak2 esp sy.irah.


terer jugak jiran2 aku nih.  masak memang sedap.  siap asam pedas daging tengahari tu, gulai kawah plak belah malam.  memang 1 hari dapur x berasap la hehe...


tunggu sy.irah besor sket, boleh la nak aktipkan diri join the muslimah group jalan nih insyaAllah.





Friday, February 19, 2016

Irfan's 11th Birthday



ohh...update pasal birthday mr abah, lupa pulak nak citer pasal birthday ir.fan.
ir.fan was born on 23rd January 2005.  so, 23hb januari hr tu genaplah dia 11 tahun.  badan semakin besar seiring dengan usia dia hehe...(bukan seiring, ni dah melebihi usia nih)


si kakak sebok nak buat seprais untuk abang.  camne la nak buat tu.  mama pon x tau haha...pikir2 nak seprais pagi2 sebelum dia bangun, malas plak nak berangkut kek naik atas...tunggu dia turun bawah je lah hahaha...memang x leh nak seprais la kalau gini gayanya.  banyak beno songeh mak ko!


kek ir.fan kali nih aku oder dekat zura yang memang duduk kat area rumah aku nih.
untung join group wasap penduduk nih.  ada je orang iklankan barangan jualan.  untung bab kek nih la.  senang oder & amik sebab dekat.  bab2 lain...bab2 perabis duit...x untung sangat la hahaha...seb baik zura boleh buat choc indulgence.  walaupun x sama macam SR punya, tp not bad la.  sedap, lembut.  kira ok la.  boleh order lagi next time.







makan kek semua x mandi haha...sebabnya buat seprais kat ir.fan lepas dia bangun tido & turun bawah.  kek ni zura hantar kat rumah malam sebelum tu.  seb baik budak2 nih jenis x berapa nak bukak peti sejuk.  kek ada dalam tu pun, diaorang x tau hehe...so boleh la nak seprais tetiba bawak kek siap ngan lilin.  apa lagi, dah kuar kek tu haruslah semua nak makan terus.


ok...cam biasa.  boleh pilih nak makan kat mana ye irfan.  balik2 dipilih jugak makan kfc.  naik muak dah mama.  try jugak la provoke2 ir.fan, last2 dia setuju nak gi burgerbyte hahaha...tengok mak ko punya penangan.  kesian birthday boy nak makan kfc.


dah plan baik punya, mr abah plak x nak pegi sebab dia x berapa sihat time tu.  batuk teruk (memang sangat teruk ya...sebab aku yang jarang jangkit kalau mr abah sakit ni pun, boleh pulak jangkit batuk teruk jugak yang aku rasa makan nak dekat sebulan jugak baru baik huhu...makan 2 botol ubat batuk abis pon still x baik).  akhirnya terpaksa jugak la makan kfc.  tu pon tapau je makan kat rumah.  gambar pon x amik sebab sampai2 rumah je terus sebok semua nak makan.  ir.fan teringin nak beli kfc yang ada udang tu hah.  rupa2nya dah x de offer dah udang tu.  


untuk ir.fan,
mama doakan ir.fan diberikan kesihatan yang berpanjangan,
dipermudahkan menimba ilmu,
diterangkan hati untuk sentiasa menerima ilmu yang baik di dunia & akhirat,
sentiasa mendengar perintah Allah & kata ibu bapa,
apa-apa saje lah yang baik untuk ir.fan ya.


happy (belated) birthday ir.fan!! 







Thursday, February 18, 2016

Ulangtahun Kelahiran Mr Abah!


status fb pada 13 Feb 2016 yang lalu...(nampak sangat kemalasan menulis blog haha...)

Semoga sentiasa dirahmati & dilindungi Allah untuk en suami Ku Hasri Ku Adenan.
Hr ni balik kampung. Bday lunch : beriani batu pahat yg super sedap & bday tea time : choc indulgence, murtabak super menjilat jari & apam kampung made with love by atok mak.
Makes me wonder...ni bday en suami ke bday diri sendiri nih hehe...Happy Birthday Mr Abah!!


kalau ikutkan sebenarnya aku dah plan dah nak ajak mr abah makan kat 1 tempat nih.
tapi, tetiba terasa nak balik bp pulak minggu tu.  atok kan masuk wad hari tu.  sakit dia yang biasa tu la...sakit lutut.  masa tu x sempat nak balik.  so, balik la jenguk kejap atok & atok mak.

tukar la plan.  susah sket la nak seprais kan bila dah kat kampung tu.
alang2 di bp, apa lagi...beriani la jawabnya for lunch.
pastu, ajak pak uda & family minum petang.  beli sebuku kek secret recipe, mr abah takut orang x cukup makan, dia suh tapau murtabak yang aku rasa, selalu jugak la aku beli kalau balik bp.  siap simpan no tepon mamak tu.  call je nak oder apa, sampai kedai dah boleh terus amik.  atok mak plak rajin buat apam.  memang perut x berehat la jawabnya bila balik kampung.

to en suami...ni sambungan ucapan yang dalam fb tu haha...

semoga dikurniakan kesihatan dan umur yang berpanjangan supaya dapat beribadat & menjaga kami dengan sempurna, semoga dapat sentiasa bersabar dengan kerenah kami semua & semoga dikurniakan rezeki yang halal & melimpah ruah...insyaAllah!!


HAPPY 39TH BIRTHDAY!!

Alliza Ayob's photo.

Wednesday, February 17, 2016

Hal Anak-Anak



rangkuman cerita persekolahan anak2 tahun nih...
(berapa kali aku tulis delete tulis delete pasal hal sekolah anak2 nih...memang ke laut la rasanya cerita pasal masuk sekolah hari tu haha...)


1.  so, this year...dah 3 orang yang bersekolah rendah.  iz.ryn dah masuk darjah 1.  1st week sekolah tu memang haru.  mama gi tengok dia beli kat kantin...punya la excited beli makan sendiri, amik air sendiri, siap pegi toilet semua bagai sendiri...bila mama nak balik & time cikgu panggil suh beratur masuk kelas, dah meraung plak dah x bagi mama balik.  adoiiii...nampak macam ok, sekali nampak kakak lalu depan mata dia, dah meraung peluk kakak plak dah hahaha...macam2.  tapi, sekarang ok dah.  ceria as always!


2.  is.yraf pon dah start masuk tadika.  penyesalan yang x de penghujungnya sehingga sekarang pasal iz.ryn dulu.  so, memang by hook or by crook...anak2 perlu aku hantar ke tadika as early as 4 years.  is.yraf ni ada pengalaman menangis bila aku tukarkan taska dulu.  sebulan dok menangis je...masa hantar menangis, masa balik nampak mama pon menangis lagi.  orang kata, sementara nak biasa.  sebulan u olsss...hati mana la x sedih tgk anak gitu.  last2 masuk balik taska lama dia.  so bila nak masuk tadika baru nih, cuak jugak la mama takut dia x nak.  rupa2nya 2 hari je dia macam sedih & dok sembunyi kat belakang x nak campur orang.  pastu dah ok.  sekarang nih, boleh plak x bagi mama hantar sampai depan pintu.  nak naik tangga sendiri.  hari sabtu pon sebok nak sekolah hehe...hopefully dia ceria ke sekolah sampai bila2.  baru la mama pon senang hati.


3.  in.syirah...continue di taska yang sama.  ohhh...hari ni in.syirah genap setahun.  gigi baru 2 batang.  tu pun tumbuhnya masa dia 11 bulan.  lambat!  dah boleh berdiri tanpa pegang apa2.  boleh la melangkah 1 tapak...je hehe..lambat sket berjalan tp mulut bising.  bising bahasa dia la.  x paham langsung.  huhahuha je...


4.  ir.fan & fa.rah aku hantar tuition bermula tahun nih.  bukan semua subjek.  ir.fan 2 subjek je dulu yang memang dia lemah & mama pon bodo2 alang jugak nak mengajarnya haha...fa.rah 1 subjek je.  kesian pon ada sebenarnya.  mana nak cope dengan homework yang hari2 pon banyak je aku tengok huhu...tp tu la sacrifice nya...diaorang ok je.  happy je pegi tuition.  tapi balik tuition ngantuk, terus tido...homework x siap.  hahhhh...di situ la "singa" mengaum hahahaha...adoiiii anak2!!


ok...dah bulan 2 nih.  harap2 kita sama2 bertabah ye anak2 insyaAllah.