Wednesday, February 17, 2016

Hal Anak-Anak



rangkuman cerita persekolahan anak2 tahun nih...
(berapa kali aku tulis delete tulis delete pasal hal sekolah anak2 nih...memang ke laut la rasanya cerita pasal masuk sekolah hari tu haha...)


1.  so, this year...dah 3 orang yang bersekolah rendah.  iz.ryn dah masuk darjah 1.  1st week sekolah tu memang haru.  mama gi tengok dia beli kat kantin...punya la excited beli makan sendiri, amik air sendiri, siap pegi toilet semua bagai sendiri...bila mama nak balik & time cikgu panggil suh beratur masuk kelas, dah meraung plak dah x bagi mama balik.  adoiiii...nampak macam ok, sekali nampak kakak lalu depan mata dia, dah meraung peluk kakak plak dah hahaha...macam2.  tapi, sekarang ok dah.  ceria as always!


2.  is.yraf pon dah start masuk tadika.  penyesalan yang x de penghujungnya sehingga sekarang pasal iz.ryn dulu.  so, memang by hook or by crook...anak2 perlu aku hantar ke tadika as early as 4 years.  is.yraf ni ada pengalaman menangis bila aku tukarkan taska dulu.  sebulan dok menangis je...masa hantar menangis, masa balik nampak mama pon menangis lagi.  orang kata, sementara nak biasa.  sebulan u olsss...hati mana la x sedih tgk anak gitu.  last2 masuk balik taska lama dia.  so bila nak masuk tadika baru nih, cuak jugak la mama takut dia x nak.  rupa2nya 2 hari je dia macam sedih & dok sembunyi kat belakang x nak campur orang.  pastu dah ok.  sekarang nih, boleh plak x bagi mama hantar sampai depan pintu.  nak naik tangga sendiri.  hari sabtu pon sebok nak sekolah hehe...hopefully dia ceria ke sekolah sampai bila2.  baru la mama pon senang hati.


3.  in.syirah...continue di taska yang sama.  ohhh...hari ni in.syirah genap setahun.  gigi baru 2 batang.  tu pun tumbuhnya masa dia 11 bulan.  lambat!  dah boleh berdiri tanpa pegang apa2.  boleh la melangkah 1 tapak...je hehe..lambat sket berjalan tp mulut bising.  bising bahasa dia la.  x paham langsung.  huhahuha je...


4.  ir.fan & fa.rah aku hantar tuition bermula tahun nih.  bukan semua subjek.  ir.fan 2 subjek je dulu yang memang dia lemah & mama pon bodo2 alang jugak nak mengajarnya haha...fa.rah 1 subjek je.  kesian pon ada sebenarnya.  mana nak cope dengan homework yang hari2 pon banyak je aku tengok huhu...tp tu la sacrifice nya...diaorang ok je.  happy je pegi tuition.  tapi balik tuition ngantuk, terus tido...homework x siap.  hahhhh...di situ la "singa" mengaum hahahaha...adoiiii anak2!!


ok...dah bulan 2 nih.  harap2 kita sama2 bertabah ye anak2 insyaAllah.



No comments: