Friday, February 19, 2016

Irfan's 11th Birthday



ohh...update pasal birthday mr abah, lupa pulak nak citer pasal birthday ir.fan.
ir.fan was born on 23rd January 2005.  so, 23hb januari hr tu genaplah dia 11 tahun.  badan semakin besar seiring dengan usia dia hehe...(bukan seiring, ni dah melebihi usia nih)


si kakak sebok nak buat seprais untuk abang.  camne la nak buat tu.  mama pon x tau haha...pikir2 nak seprais pagi2 sebelum dia bangun, malas plak nak berangkut kek naik atas...tunggu dia turun bawah je lah hahaha...memang x leh nak seprais la kalau gini gayanya.  banyak beno songeh mak ko!


kek ir.fan kali nih aku oder dekat zura yang memang duduk kat area rumah aku nih.
untung join group wasap penduduk nih.  ada je orang iklankan barangan jualan.  untung bab kek nih la.  senang oder & amik sebab dekat.  bab2 lain...bab2 perabis duit...x untung sangat la hahaha...seb baik zura boleh buat choc indulgence.  walaupun x sama macam SR punya, tp not bad la.  sedap, lembut.  kira ok la.  boleh order lagi next time.







makan kek semua x mandi haha...sebabnya buat seprais kat ir.fan lepas dia bangun tido & turun bawah.  kek ni zura hantar kat rumah malam sebelum tu.  seb baik budak2 nih jenis x berapa nak bukak peti sejuk.  kek ada dalam tu pun, diaorang x tau hehe...so boleh la nak seprais tetiba bawak kek siap ngan lilin.  apa lagi, dah kuar kek tu haruslah semua nak makan terus.


ok...cam biasa.  boleh pilih nak makan kat mana ye irfan.  balik2 dipilih jugak makan kfc.  naik muak dah mama.  try jugak la provoke2 ir.fan, last2 dia setuju nak gi burgerbyte hahaha...tengok mak ko punya penangan.  kesian birthday boy nak makan kfc.


dah plan baik punya, mr abah plak x nak pegi sebab dia x berapa sihat time tu.  batuk teruk (memang sangat teruk ya...sebab aku yang jarang jangkit kalau mr abah sakit ni pun, boleh pulak jangkit batuk teruk jugak yang aku rasa makan nak dekat sebulan jugak baru baik huhu...makan 2 botol ubat batuk abis pon still x baik).  akhirnya terpaksa jugak la makan kfc.  tu pon tapau je makan kat rumah.  gambar pon x amik sebab sampai2 rumah je terus sebok semua nak makan.  ir.fan teringin nak beli kfc yang ada udang tu hah.  rupa2nya dah x de offer dah udang tu.  


untuk ir.fan,
mama doakan ir.fan diberikan kesihatan yang berpanjangan,
dipermudahkan menimba ilmu,
diterangkan hati untuk sentiasa menerima ilmu yang baik di dunia & akhirat,
sentiasa mendengar perintah Allah & kata ibu bapa,
apa-apa saje lah yang baik untuk ir.fan ya.


happy (belated) birthday ir.fan!! 







No comments: