Saturday, February 20, 2016

Sambutan Maulidur Rasul



masa cuti 1 januari, jalan kat taman perumahan aku nih buat perarakan maulidur rasul.
jalan kami je yang buat...ada dalam 30++ rumah kot sepanjang jalan.
mr abah awal2 memang dah suruh join perarakan ni.  katanya, biar dia yang dokong sy.irah pon x pe.  hmmmm...



sekali tu, pagi perarakan tu hujan la pulak.  hujan rahmat alhamdulillah.
hujan tu nak kata x lebat, boleh tahan jugak.  tapi x la lebat bebenor.  camne nak cakap ek.  apapon, perarakan diteruskan jugak.  berkobar2 mr abah.  letak sy.irah dalam stroller, tolak je siap berpayung2 bagai.  seb baik sy.irah behave je.  x mengamuk pon.  yang huru hara si is.yraf tu hah...dengan payungnya lagi, jalan menonong siap langgar2 orang...last2 tu suh pulak mama dokong.  adoiiii...



ni sebelum start berarak.
hujan berenti kejap...pastu lebat balik



berarak siap berpayung2...tu yang budak2 jadik excited tu haha...
paling excited si is.yraf la...payung lagi beso dr dia

lepas berarak, ada breakfast.  pastu terus sambung gotong royong untuk masak lunch & dinner.  malam tu acara diteruskan lagi dengan ceramah & jamuan.  aku bab2 gotong royong ni memang teringin sangat nak join sebenarnya.  tp ngan budak2 nih...memang x dapek la nak nolong.  mr abah dah join tolong, maka katanya...aku dok rumah la jaga budak2 esp sy.irah.


terer jugak jiran2 aku nih.  masak memang sedap.  siap asam pedas daging tengahari tu, gulai kawah plak belah malam.  memang 1 hari dapur x berasap la hehe...


tunggu sy.irah besor sket, boleh la nak aktipkan diri join the muslimah group jalan nih insyaAllah.





No comments: