Thursday, March 31, 2016

Panggilan Tidak Diundang




tadi dapat call dari someone yang claimed dia dari Jabatan Pertanian Negeri Kelantan yang bagitau, aku & family dijemput untuk datang ke pameran pertanian di Gold Coast Sepang.


bila aku kata..."x pe lah..."...boleh pulak dia kata..."puan ni macam lemah je. baru bangun tido ke?"...very the tidak beradab orang yang macam nih.  masa tu dalam pukul 12.30pm.  dah la ko call orang untuk program ko...patutnya cakap la elok2...memang failed interpersonal skills ko dik! aku jawab je "aah...baru bangun tido" & terus letak phone. padahal aku tengah selsema, batuk & demam nih.  memang le x de mood nak bercakap.


dah 2x aku dapat call nih.  hari tu katanya buat kat one of the hotel kat nilai ni.  tu pon aku kata x berminat jugak.  yang ni call lagi.  memang x la aku nak melayan call2 macam nih especially kalau dapat calls nak bagi hadiah (walaupun aku x tau jabatan pertanian ni nak bagi aku apa...maybe kurma sekilo kot haha...sebab dia kata nak memperkenalkan tanaman kurma di kelantan).  macam marie france bodyline tu...banyak kali dah aku dapat call untuk free trial.  walaupun keinginan nak kurus tu tinggi jugak, tapi untuk percaya benda2 free ni...memang bukan aku la.  baik la aku gemuk hahaha...


dulu ada satu call aku dapat dr gold coast sepang tu masa mula2 dia bukak.  katanya aku dapat penginapan percuma. dah rasa macam teruja gak tu.  sapa la x teringin nak dok situ kan?  seb baik napsu belum menguasai aku time tu huhu...


sebenarnya, aku pon x tau betul ke x semua panggilan nih. tapi, aku memang jenis yang susah sikit nak percaya benda2 gini.  kalau betul nak bagi hadiah, bagi je la voucher melalui pos ke apa macam yang libresse buat...pos pad percuma ke rumah...dah 2x aku dapat...camtu baru la aku boleh jadik loyal customer libresse hehe...




Saturday, March 26, 2016

Buku Cerita


lama x beli buku cerita...hari tu pegi popular, macam terasa nak beli novel2 melayu yang tumbuh macam cendawan sekarang nih...yang jadik tajuk drama la, macam2...belek2 novel2 tu, macam x sedar diri plak kalau beli makcik tua bangka nih haha...lgpun bila tengok2 tu macam x berapa nak berkenan plak nak beli.  x tau mana yang best pon ye jugak.  seriously, memang dah makcik2 sangat nih.  x de perasaan nak beli novel macam budak2. kalau dulu, rajin jugak aku beli novel2 nih.


round2 lagi, konon nak beli motivational book.  macamana nak jadik kaya?!  haha...x de maknanya jadik kaya kalau nak berbiz or nak jumpa orang masih malu2 kucing.  so x yah ler ngada2 beli buku camtu.  tapi kalau motivation untuk diri sendiri contoh macamana nak jadik seorang yang positif ke, aku rasa ok jugak kalau beli.  nak2 orang macam aku yang ada masanya rasa macam nak berenti keja pon ada (bila tension sangat ngan bos la nih hehe...).  tapi, x terbeli pon...



round2 lagi...terjumpa buku ini...







oittt...giler lama x beli buku from my favourite author nih.  mau makan tahun gak nih x beli buku dia.  dulu, masa last aku beli buku dia...rasa macam semua buku dia aku ada.  pastu bila gi kedai buku, lama jugak x nampak buku2 dia yang baru.  tetiba nampak buku nih...terus sambar 1.


x semua orang boleh terima cerita john grisham nih sebab buku2 dia semua pasal lawyer. kes-kes lawyer la...masuk mahkamah bagai camtu.  tah kenapa aku minat plak cerita dia nih.  tapi dah mak2 nih...memang lambat ler aku abis baca buku nih.  baca pon bila time2 nak tidokan sy.irah.  tu pon, tengok hp lagi lama dr tengok buku.  pastu penanda buku aku plak, asal dapat buku nih ke tangan is.yraf or sy.irah...dah hilang plak dah penanda buku. sebok plak aku carik mana last aku baca.



ishhh...jawabnya tahun 2017 la baru aku abis baca buku nih!!




Friday, March 25, 2016

Me Birthday Part II



haha...selagi belum abis bulan mac...
mr abah kata nak belanja makan masa lunch hour break sehari sebelum birthday aku. ishhh...x nak lah.  lunch hour bukannya lama.  nak rushing gi makan lagi.  so aku opt untuk gi makan2 the day after tu.  birthday hari jumaat, jom kita gi makan hari sabtu.


dah lama teringin nak makan kat ana ikan bakar petai @ bangi sejak sy.irah dalam perut lagi.  moh kita...





the spread!  memang x hingat langsung birthday gal memilih makanan.  kerapu sweet sour, sotong celup tepung, udang butter, lala sambal, pari bakar without petai, kailan ikan masin, sup daging.  menggeletar pegi kaunter nak bayo hahaha...





para jemputan semua makan dengan berselera sekali...





selfie dengan mulut ada nasik hehehe...




lepas makan & solat, mr abah ajak lepak kat dataran depan masjid putrajaya.  x de apa pon. bagi budak lari2 keluarkan peluh je.  pastu jom balik...


berakhirlah birthday celebration selama 2 hari 1 malam hehe...ngalahkan selebriti.



Thursday, March 24, 2016

Riadah Pagi



TB 5.3.2016


lama jugak rasanya x bawak budak2 pegi taman.  memenuhi permintaan mr abah...moh kita ke taman awam nilai.


sempat jugak la main badminton ngan ir.fan, jalan2 round separuh taman (punya la sayang lemak, separuh taman je jalannya pon)...kuar jugak la peluh yang x seberapa.  tapi, siap bawak egg sandwich ngan sosej.  memang x dak la lemak yang terbakaq jawabnya...






happy kiddos!!  sy.irah pon baru pandai jalan jatuh.  memang syok la dia praktis.  aku la yang letih.  baru nak duduk, anak dah terjelepuk jatuh hehe...






bila x de aktiviti nak buat, selfie adalah lebih baik.
bak kata mr abah "banyak gambar mama dalam phone nih sebab mama suka selfie" huahuahua...



Wednesday, March 23, 2016

Cuti Sekolah : Seri Manjung



TB : 13.3.2016


sebenarnya, kalau ikutkan...jemputan kat manjung nih dapat lebih awal dari jemputan kat kuala kangsar tu.  memang atok mak dah berkobar2 dah nak gi kenduri manjung nih sebab masa tu atok ok lagi.  beria2 tanya status homestay.  sekali tu, atok makin x sihat...maka, beria2 jugak la dimintanya suh wakilkan.  kebetulan memang nak ke perak, tu yang atok mak suh lajak je ke kuala kangsar skali.  lagipun hari lain2, memang boleh sangat la nak memenuhi jemputan.


pak ngah din nih kiranya sepupu aku jugak (yang nih belah mak...yang kat kuala kangsar tu belah ayah).  pernah tolong kami masa kenduri ucu ngan mak ucu orang manjung.  tu yang atok mak rasa x sedap je bila x dapat pegi.  





padan muka gambar gelap haha...masa pengantin sampai, aku dah separuh jalan konon nak amik gambar pengantin.  sekali tu rasa malas nak terkejar2, patah balik.  nak amik gambar masa makan...nahhhh hamikkk hasilnya huahuahua...


pengantin nih anak pak ngah din yang lelaki no2...





si adik nih x keruan kalau duduk sesaje...nah amikkkk cawan plastik...main ko di situ!


untuk mushid & pasangan...didoakan berbahagia ke akhir hayat!!





yang ni kisah hari sebelum tu...lupa plak nak citer!
lepas kenduri kuala kangsar tu, memang kami terus ke seri manjung sebab dah booking homestay kat situ (nanti aku stori mori pasal homestay nih...recommended).  x de la terkejar2 nak pegi kenduri besoknya.  petang tu kuar jap carik barang, bawak is.yraf & sy.irah je.  mr abah ajak singgah pantai teluk batik.  tengok dari kejauhan je la ya syap hehe...x bawak baju pon kalau nak terjun.



Tuesday, March 22, 2016

Cuti Sekolah : Kuala Kangsar



TB 12.3.2016


sebenarnya, cuti sekolah bulan 3 nih x plan ke mana2 pon.
cuti seminggu je pon...rehat2 je lah kat rumah.
sekali tu, atok mak mintak tolong wakilkan dia ke kuala kangsar untuk majlis nikah my kazen.  erkkkk...ok makkk!!
atok mak kalau ikutkan memang suka berjalan.  tapi, keadaan atok yang x berapa mengizinkan.  sakit lutut atok dah makin teruk.  kalau dulu, ada masa2 tertentu je akan sakit.  sekarang nih, most of the time memang sakit.  kalau nampak atok berjalan tu pon, memang dia tahan je sakit dia tu.  kena jalan slow2.  solat pon dah x boleh berdiri.  kena solat duduk.  plak tu, atok kan rajin sapu2 rumah, sapu2 kawasan rumah, potong rumput sikit.  now nih, semua tu dia x boleh nak buat dah (sob sob...).


kak imah kata, nak bertolak dari homestay ke tempat nikah dalam kul 10 pagi.
maknanya memang kena bertolak awal la from nilai.  dalam kul 630 pagi tu, dah bertolak.
alhamdulillah...sempat la sampai sebelum pukul 10 + ada tersesat sket sebab kat waze x wujud la plak lokasi homestay nih.  lawa giler homestay nih teruja aku nak tour.  tapi, orang dah bersiap2, ko plak sebok nak tour apehal kan?  sempat masuk toilet je la hehe...




the groom...my kazen!!...with all the hantarans

gadis2 hantaran hehe...anak2 my kazen...apa ek aku nak panggil?
anak sedara sepupu kah?


the resort tempat nikah.
walaupun cuti sekolah, tapi aku tengok macam x de orang pon.
tempat ni aku rasa macam sesuai untuk team building kot sebab fasilities dia contoh tempat makan dia luas giler, toilet2 berderet...



majlis akad nikah.
rare...sebab akad nikah duduk atas kerusi, tetamu2 pon duduk atas kerusi.

rare jugak...bila ada tembakan senapang patah bukan sekali tp berkali2.
terkejut mak ko...


upacara membatalkan air sembahyang



ada photo booth plak dah.
x nampak orang lain sebok2 kat sini, kami anak beranak je yang jakun haha...


buah tangan untuk kakak2 & abang pengantin seramai 6 orang (tanduk kerbau x termasuk haha...)


masa yang ditunggu2 hehe...
pagi masa sampai dalam kul 10++ camtu, dah jamu breakfast.
lepas nikah, jamu lunch plak.  talapia bakar memang ngancam.  sedap giler aku ratah camtu ngan kuah asam.  yummyyy!!  patin tempoyak pon ada tapi sadis, bila time aku amik nasik, dah abis.
tunggu dia nak masak semula, malu la plak nak makan 2nd round.



the gift untuk tetamu yang hadir.
mula2 aku ingatkan kek macam bahulu tu, punya la handle with care takut pecah kek.
rupa2nya...aku pon x tau apa nih hehe...
aku agak mungkin kuah pecal kot.  tapi x try pon lagi.  simpan frozen je dulu.

untuk abang mohsin & kak kartika (although dengarnya the bride tu sama baya ngan aku...), semoga berbahagia ke akhir hayat, semoga dikurniakan anak2 yang dapat menambah lagi ceria rumahtangga, semoga kalau kita jumpa nanti especially time raya, x de la abang mohsin sorang2 je tanpa teman hehe...all the best menempuh alam berumahtangga!!






Saturday, March 19, 2016

Cuti Sekolah : Boboiboy




macam2 ragam bila amik gambar




No1 & No2 duduk berdua kat seat depan.  bagi 1 popcorn & 1 mineral water share 2 orang...memang enjoy la depa dua sampai ke sudah.

No3 duduk sebelah mama.  kedekut popcorn...asal mama ambik je dia potpet potpet. mama kedekut air plak la kalau camtu hehe...nampak macam enjoy mula2 tu.  last2 tu boleh plak dia tertido (sebenarnya mama pon terlelap kejap masa adegan gaduh2 tu haha...)

No4 duduk sebelah mr abah.  x keruan betoi x dok diam.  sekali mr abah sound suh duduk, terus tido sampai nak dekat habis cerita haha...


mama : "syap, best x cerita tadi"
is.yraf : "best" (haha...macam la ko tengok!)


overall, best jugak la cerita ni (harus la kan...kalau x takkan dapat pecah panggung).  ada la part2 yg aku boleh gelak walaupon ada terlelap haha...x penah2 tgk boboiboy, character semua mmg aku x tau kecuali boboiboy tu ler...boleh maap la kalau terlelap...kejap.


Friday, March 18, 2016

Kesedaran Sivik



bukak2 pintu kereta kat parking ofis pagi nih...




hari tu pon ada jugak sekali.
bukak2 pintu kereta, bersepah kertas2 macam resit2 tol, resit kedai dll kat tepi parking.

x paham orang yang x ada kesedaran sivik.
bukan la aku baik sangat pon.  tapi, kalau dah sisa makan camni & kertas2 yang dibuang selonggok, memang nampak sangat sengajanya.


hmmmmm...



Wednesday, March 9, 2016

Is.yraf Chicken Pox




TB 24.2.2016

is.yraf kena chicken pox huhuhu...memang dia ada demam sebelum tu.  tp demam sehari je pastu dah ok.  tetiba malam tu masa nak basuhkan weewee dia, dia bgtau ada sakit kat peha & bila aku tengok macam ada bekas bengkak air pecah camtu.  erkkk...lain macam nih.  periksa badan dia..tu diaaa...ada a few jugak la bonjol2 air chicken pox tu...


ni rasanya pic masa 3rd day.  memang lemah...dok keja tido je


macam biasa, mr abah willingly nak amik cuti besoknya tu.  sebenarnya mama pon cuti jugak...tp ada appointment gynea.  so, sekali la hangkut semua gi hospital.  is.yraf pon masih belum banyak lagi kluar chicken pox dia tu.  tp aku suh dia dok jauh2...jangan dekat ngan ibu2 mengandung kat spital tu...bahaya.


kebetulan, mr abah keja shift malam next weeknya.  selamat la ada yg nak tgk2kan is.yraf kat rumah.  tapiiii...mr abah kalau pagi dia tido je.  dah huru hara budak tu kat rumah.  


habis bersepah bilik...

mengamuk ir.fan balik sekolah.  kaler dia tah bersepah ke mana...tu barang2 yang memang simpan dalam bekas merah tu...letak dalam almari...tah macam2 barang ir.fan tu...abisss!!  x penah2 dibongkarnya almari & bekas tu.  tetiba kali nih, boleh plak dibongkar habis.  memang tunggu peluang x de orang kot.


ada sehari tu main gunting2 kertas...ngan rambut2 dia sekali dia gunting.  adoiiii anakkkk...balik keja, aku ingat sesaje la mr abah gunting rambut dia botakkan sebab memang dah over panjang, rupanya penangan gunting...


sekarang ni, dah ok dah is.yraf.  syukur sangat sebab x de sape yang jangkit.  risau sebab yang besar bertiga tu ada peksa last week.  jenuh jugak la kalau jangkit.  risau jugak kalau jangkit sy.irah.  sy.irah memang dikuarantin duduk dalam bilik mama je is.yraf x leh masuk... (bukan yang sakit kena kuarantin, yg sihat yang dikuarantin haha...)...memang x kasik chan is.yraf pegi dekat ngan adik.  tp yg besar2 tu x leh buat apa la kan?  pasrah tawakal je...cuma x bg pegang is.yraf je.


Tuesday, March 8, 2016

Me Birthday!!



adoiii...ada saje kekangan nak regularly update blog kan hehe...


so here's updates for march 2016 :


4 mac 2016

moi birthday - alhamdulillah, dipanjangkan umur setahun lagi. sentiasa memohon kepada Allah agar aku dapat sentiasa memperbaiki diri.  ye lah kan...umur dah makin lanjut. memang dah sampai masanya untuk mendekatkan diri lebih lagi kepada Allah.  semoga aku terus diberikan kesihatan untuk dapat beribadah & sentiasa dirahmati dalam setiap perbuatan dan amalan...insyaAllah.


so, 2 weeks before the day...adalah mr abah tunjuk kek ni...i mean, latest edition from naumi (yang aku selalu oder kek keladi tu)...siap suh aku pilih kek mana aku nak...wahhh teruja makcik...skali tu, boleh plak suh aku tanya sendiri kat naumi pasal perisa kek dsb...hmmmm memang mengundang sakit hati la kan huhu...ada ke birthday sendiri pastu kena order kek sendiri...memang x la kan...ok, senang x yah oder.


tengok2 on the day itself, terkujat kul 5 pagi ir.fan & adik2 (kecuali sy.irah sebab dia tido ngan aku...tp dia pon terkejut, terus terjaga dr tido, duduk & join tepuk tangan haha...) bawak kek nyanyi happy birthday.  wahhh...mak ko mamai2 lagi nak oiiii...sebab alarm set bunyi kul 515.  ada lg 15 minit mak ko nak lelap hahaha...



ini lah keknya...yummy!!


dah masing2 nak rasa kek plak dah pagi2.  ok...sebelum mandi nak gi sekolah, rasa dulu la kek.  tu pon masing2 lebih excited nak makan coklat & strawberi tu.


kebetulan pulak, petang tu ada miting department.  credit to facebook haha...sebab 1 department tau birthday aku.  sebenarnya terpikir nak bawak kek ni gi ofis.  tp dah pagi2 tu berebut2, x sempat ler nak potong kek.  tup2 lepas miting, lampu bilik miting terpadam. jeng jeng jeng haha...



kek ni pon yummy jugak...




thanks a lot to office mates yang buat kejutan.  aku pon x sangka walaupun pelik jugak mula2 tu awat ada buat air neskape bagai.  padehal sebelum2 ni kalau setakat miting department ni, bawak air mineral sendiri je hehe...