Wednesday, March 9, 2016

Is.yraf Chicken Pox




TB 24.2.2016

is.yraf kena chicken pox huhuhu...memang dia ada demam sebelum tu.  tp demam sehari je pastu dah ok.  tetiba malam tu masa nak basuhkan weewee dia, dia bgtau ada sakit kat peha & bila aku tengok macam ada bekas bengkak air pecah camtu.  erkkk...lain macam nih.  periksa badan dia..tu diaaa...ada a few jugak la bonjol2 air chicken pox tu...


ni rasanya pic masa 3rd day.  memang lemah...dok keja tido je


macam biasa, mr abah willingly nak amik cuti besoknya tu.  sebenarnya mama pon cuti jugak...tp ada appointment gynea.  so, sekali la hangkut semua gi hospital.  is.yraf pon masih belum banyak lagi kluar chicken pox dia tu.  tp aku suh dia dok jauh2...jangan dekat ngan ibu2 mengandung kat spital tu...bahaya.


kebetulan, mr abah keja shift malam next weeknya.  selamat la ada yg nak tgk2kan is.yraf kat rumah.  tapiiii...mr abah kalau pagi dia tido je.  dah huru hara budak tu kat rumah.  


habis bersepah bilik...

mengamuk ir.fan balik sekolah.  kaler dia tah bersepah ke mana...tu barang2 yang memang simpan dalam bekas merah tu...letak dalam almari...tah macam2 barang ir.fan tu...abisss!!  x penah2 dibongkarnya almari & bekas tu.  tetiba kali nih, boleh plak dibongkar habis.  memang tunggu peluang x de orang kot.


ada sehari tu main gunting2 kertas...ngan rambut2 dia sekali dia gunting.  adoiiii anakkkk...balik keja, aku ingat sesaje la mr abah gunting rambut dia botakkan sebab memang dah over panjang, rupanya penangan gunting...


sekarang ni, dah ok dah is.yraf.  syukur sangat sebab x de sape yang jangkit.  risau sebab yang besar bertiga tu ada peksa last week.  jenuh jugak la kalau jangkit.  risau jugak kalau jangkit sy.irah.  sy.irah memang dikuarantin duduk dalam bilik mama je is.yraf x leh masuk... (bukan yang sakit kena kuarantin, yg sihat yang dikuarantin haha...)...memang x kasik chan is.yraf pegi dekat ngan adik.  tp yg besar2 tu x leh buat apa la kan?  pasrah tawakal je...cuma x bg pegang is.yraf je.


No comments: