Thursday, March 31, 2016

Panggilan Tidak Diundang




tadi dapat call dari someone yang claimed dia dari Jabatan Pertanian Negeri Kelantan yang bagitau, aku & family dijemput untuk datang ke pameran pertanian di Gold Coast Sepang.


bila aku kata..."x pe lah..."...boleh pulak dia kata..."puan ni macam lemah je. baru bangun tido ke?"...very the tidak beradab orang yang macam nih.  masa tu dalam pukul 12.30pm.  dah la ko call orang untuk program ko...patutnya cakap la elok2...memang failed interpersonal skills ko dik! aku jawab je "aah...baru bangun tido" & terus letak phone. padahal aku tengah selsema, batuk & demam nih.  memang le x de mood nak bercakap.


dah 2x aku dapat call nih.  hari tu katanya buat kat one of the hotel kat nilai ni.  tu pon aku kata x berminat jugak.  yang ni call lagi.  memang x la aku nak melayan call2 macam nih especially kalau dapat calls nak bagi hadiah (walaupun aku x tau jabatan pertanian ni nak bagi aku apa...maybe kurma sekilo kot haha...sebab dia kata nak memperkenalkan tanaman kurma di kelantan).  macam marie france bodyline tu...banyak kali dah aku dapat call untuk free trial.  walaupun keinginan nak kurus tu tinggi jugak, tapi untuk percaya benda2 free ni...memang bukan aku la.  baik la aku gemuk hahaha...


dulu ada satu call aku dapat dr gold coast sepang tu masa mula2 dia bukak.  katanya aku dapat penginapan percuma. dah rasa macam teruja gak tu.  sapa la x teringin nak dok situ kan?  seb baik napsu belum menguasai aku time tu huhu...


sebenarnya, aku pon x tau betul ke x semua panggilan nih. tapi, aku memang jenis yang susah sikit nak percaya benda2 gini.  kalau betul nak bagi hadiah, bagi je la voucher melalui pos ke apa macam yang libresse buat...pos pad percuma ke rumah...dah 2x aku dapat...camtu baru la aku boleh jadik loyal customer libresse hehe...




No comments: