Thursday, April 7, 2016

Cuti Sekolah : Kellie's Castle



haha...giler lama update pasal cuti sekolah.


sebenarnya, x plan pon nak singgah kellie's castle nih, walaupon penah terdetik jgk nak singgah sebelum nih bila nampak member2 post gambar2 pasal tempat nih.  sekali tu, otw balik dari seri manjung tu, lalu pulak depan castle nih.  beria2 ir.fan nak singgah.  kalau ikut, dia patutnya ada trip kembara sejarah ke kellie's castle & gua tempurung 9 april hari tu.  siap dah beli dah lampu yang letak kat kepala tu.  tetiba postpone pulak trip tu sebab el nino nih kan, x leh buat outdoor activities.  seb baik dah pegi kellie's castle hari tu.  konon2 dia nak tunjuk la kat kawan2 dia yg dia dah penah pegi hehe...padehai bukannya ada apa pon.


kebetulan, yang lain semuanya tido.  ngan sy.irah semua tido.  jadiknya, aku ngan ir.fan je la yang tour castle tu dalam panas terik huhu...(serius...rasanya sampai kat sini dalam kul 12.30pm...memang giler panas)






balkoni berhantu katanya...takut!!  pergi ngan ir.fan yang penakut, nak pegi kat hujung2, masuk bilik yang x de orang lain...semua dia x nak.  dah aku pon jadi penakut jugak huahuahua... 

     


merasa la lepas gambar ir.fan, gambar aku...pastu kami lagi haha...

 
masuk keta, fa.rah bising sebab x kejut dia.  lain kali la kita pegi lagi ye (walaupun aku malas dah nak pegi sebenarnya).  ir.fan bodek adik2...dapat la sorang satu key-chain kellie's castle.  ngan si is.yraf pon dapat satu hehe...suka dia main tukar2 ngan kakak2 & abg.  aku kata, sapa paling kecik kat rumah nih, dia lah "RAJA"...kena follow je apa yang raja nak & suruh untuk mengelakkan raja "murka"buat masa nih, is.yraf la raja tu sebab sy.irah kecik lagi x pandai nak demand.  kalau is.yraf menjerit menangis tu, maknanya ada la yang x ikut cakap raja.  hebat x teori aku?!! hahaha...teori la sangattt..ada je yang "geram" ngan is.yraf tu.  memang x la nak ikut cakap dia 100%.  ada masanya "rakyat" pon naik hangin jugak hehe...

 
 

No comments: