Wednesday, April 6, 2016

Cuti Sekolah : Pulau Pangkor Part 2



sambungan Cuti Sekolah : Pulau Pangkor Part 1


3rd pit stop...Fu Lin Kong Temple (kalau x silap hehe...)
kalau ikut aku, memang malas ler nak panjat2 tangga kat atas.
cukup la berlegar2 kat kolam bawah tu yang ada ikan.
tapi budak2 yang x tau penat, berlari semua naik atas...ngan mr abah skali.
menapak jugak la aku selow2 huhu...


pegi kedai satay ikan ni pon sebok nak amik gambar kan haha...
masa ni x ramai orang, so ok la.  x de la nampak jakun sangat.
best dapat beli ikan bilis kat sini.  goreng rangup je ikan bilis tu.  mesti fresh.
menyesal plak beli sikit.


the one & only gambar kat pantai teluk nipah.
dah la ada satu je, gelap plak tu haha...sebenarnya malas nak stop kat pantai.
tapi pakcik van kata, ni tempat femes nih. kena berenti walaupun kejap.

dia bagi kami 15 minit je dok sini.  ok...beli apam balik, makan tepi pantai.


lepak tepi pantai sampai kul 7pm, kami terus ke jeti.  sampai jeti dalam kul 715pm.  terima kasih ya pakcik van...bawak van secara berhemah di jalan yang sempit turun naik bukit. sempat la naik last boat kul 730pm.  sebenarnya, last boat pukul 10pm x silap aku.  tapi, lepas pukul 730pm, ada charge tambahan.  rasanya kena tambah RM6 camtu untuk dewasa.  ok je kalau nak balik malam.  tapi, macam x de pape je kat pangkor tu.  karang dah gelap, susah pulak kan?



posing masa beratur naik bot & lepas sampai marina island.
penat!!


walaupun sekejapan saje kat pangkor, tapi bila tengok anak2 semua happy dapat naik bot, dapat round2 pangkor...alhamdulillah syukur!!  budak kecik tu pon ok je aku tengok.  yang penat, abahnya la...dokong ke sana sini.



No comments: