Saturday, April 2, 2016

Cuti Sekolah : Review Homestay Norizan Seri Manjung



nak carik homestay nih quite challenging jugak.  sebab nak peginya time cuti sekolah. dapat jemputan pulak sebulan sebelum cuti sekolah.  tunggu atok mak confirm nak pegi ke x lagi, tinggal x sampai 3 minggu, memang hazab ler nak mencariknya.  mula2 tu mr abah suh carik homestay kat teluk batik or lumut.  ye lah kan...dah alang2 tu baik la kita dok tepi pantai.  tapi, dok menggugel sampai ke sudah memang x de la rumah kosong huhu...ok lah...kat mana2 pon boleh lahhh daripada x de.


mr abah try tanya kawan dia...& parents kawan dia nih suggestkan norizan homestay seri manjung nih.  mr abah pon x tanya lebih2 pasal rumah nih.  alamat pon x tau. hmmmm...aku pulak jenis risau kalau x tau keadaan rumah camne.  kot la x ok ke kan? puan norizan ni plak bila aku suh htr gambar...dia x reti la pulak.  hehe comey makcik nih.


kira aku main redah je la nih.  alhamdulillah...homestay nih adalah homestay terbaik yang aku penah pegi setakat nih sebab bersih.  x tipu!!  tapi, aku pon jarang dok homestay sebenarnya haha...



ruang tamu & ruang menonton


master bedroom...ni jenis rumah lama kot sebab master bedroom x de toilet.
tapi...bilik ni ada ekon


2nd bedroom...bilik ucu.  bilik ni pon ada ekon.
ada 1 katil single & 2 tilam extra.  cukup la kalau ada anak ramai.


dapur!!  ada penapis air elken, ada periuk nasik, ada cerek air.
kalau ada microwave lagi best sebab mak ngah siti bagi bekalan.
tapi camne nak panaskan? terpaksa guna rice cooker hehe...

ada dapur tu & aku tengok ada gas jugak.  tapi x berani pulak nak memasak.



dining area.
kami sampai2 tu, tuan rumah sediakan epal & pisang kat atas meja nih.
x pernah ku jumpa layanan tuan rumah sebegini baik.

aku lupa nak amik gambar toilet.  ada 2 toilet...dua2 boleh mandi, dua2 boleh buang air.  & yang paling penting, bilik air dia bersih.  x de la lantai & dinding berkerak.

3rd bedroom pon aku lupa amik gambar.  bilik tu ada 1 katil single & kipas.  x de ekon. malam2 quite panas jugak kat seri manjung nih.  seb baik aku & ucu 2 family je.  so 3rd bedroom nih memang x guna.


so, sapa2 yang nak carik homestay di area seri manjung, bolehlah contact pn norizan...homestay nih kat fasa 1E dekat ngan IKM Lumut...insyaAllah puas hati & pn norizan pon sempoi je orangnya.






2 comments:

athirahrafii said...

Terima Kasih atas review puan dan terima kasih juga kerana memilih Nurizan Homestay. segala kekurangan harap dimaafkan :)
Saya dari pihak Nurizan Homestay ingin meminta izin share link puan di nurizanmanjunghomestay.blogspot ya :)

Al-haniff Ishak said...

Keluarga sy nk bercuti hujung tahun ni ke lumut & pangkor bolehlah try homestay nie.. ;)