Wednesday, April 13, 2016

Keropok Berlingkar



Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Perkataan "Lekor" bermaksud "Lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

sumber : wikipedia 


ohhh...keropok yang berlingkar ke hehe...


aku bukan orang pantai timur...terengganu tu kalau bukan sebab follow mr abah pegi kenduri kawin kawan2 dia kat sana, memang x la aku jejak.  kelantan...x penah jejak pon seumur hidup.  tapi, kopok berlingkar nih...memang my favourite!


asal abis je stok kopok lekor, aku akan mintak mr abah suh kawan dia yang balik terengganu tolong oderkan.  selalunya, mmg x putus la stok kopok...kalau putus pon, kejap...pastu oder lagi.  anak2 pon suka.


hari tu rasa nak makan kopok lekor.  tapi, anak2 especially si is.yraf tu batuk teruk.  dia memang hantu kopok.  kang makan kopok, ngan minyak2nya lagi bertambah2 pulak batuknya.  nak x nak terpaksa la aku bakar je kopok tanpa minyak atas pan. (sekali tu, dia x makan pon kopok huahuahua)




   

x sedap haha...bukan la x sedap tp dia ada rasa macam hangus2 gitu.  lagi sedap kalau goreng.


teringat dulu masa kat u.um.  ada member nih orang terengganu.  kalau balik cuti je, aku selalu sampai dulu kat hostel sebab bas dr johor sebelum subuh dah sampai.  masing2 tunggu member dr terengganu nih sampai & bawak kopok lekor.  ramai2 menjamu kopok lekor rebus tu.  memang sedap giler.  tu kadang2 aku x goreng kopok lekor.  aku rebus je.  sedap jugak.  paling penting sos dia tu.  kalau sos sedap, lagi la makan x berenti.


member terengganu tu, niza/ wan namanya.  tah di mana la sekarang dah lost contact huhu...

   
 

No comments: