Friday, June 17, 2016

HFMD




genap sy.irah 16 bulan hari nih...yeayyyy!!!
akal makin banyak...keja manjat je sekarang.  adoiiiii...


gambar tengahari tadi.  comot sebab tengah bagi dia makan nih...

sebenarnya sy.irah tengah dikuarantin kat rumah nih.  hr nih hr ke10 dia kena hfmd huhuhu...memang tengah wabak kat n9 sekarang nih.  nak kata dia demam teruk sebelum tu...x jugak.  dia demam pon seminggu sebelum keluar bintik2 tu.  aku sedar pon bila tengok ada rashes kat bahagian punggung dia masa mandikan dia pagi tu.  ingatkan nappy rashes je...sekali tu tengok lagi sekali...wahhhh...dah penuh kat tangan & kaki.  terus x jadik hantar taska.

alhamdulillah kat bahagian mulut x brp nak banyak.  so sy.irah boleh makan & minum macam biasa.  cuma bila aku bg dia makan nasik, lambat benor dia mengunyahnya.  berjam2 makan x macam selalu.  mungkin sebab sakit kot.  so, aku bg la bubur nasik & nestum je.


latest development

dah bawak gi klinik smula, doc kata semua dah kering.  ni bekas yang ada kat kaki dia.  memang besar.  kalau tengok masa ada air dalam tu, lagi kesian.  siap sy.irah jalan terjengket2.  awal2 tu aku pakaikan dia stokin.  baru la dia boleh jalan macam biasa.

sakit2 pon, she is active as usual.  ok je...cuma agak susah la nak kuarantin dia.  takkan mama & abah nak dok bertapa dalam bilik ngan dia je.  plak tu abang2 & kakak2 memang suka main ngan dia.  x jalan la kuarantin pon.  cuma lepas main ngan adik tu, semua kena basuh tangan ya.
 
as of today, si iz.ryn dah start demam.  cuak gila aku.  setakat nih, x de lagi kuar bintik2.  tp sy.irah pon seminggu pas demam br keluar bintik2.  harap2nya x de la yang berjangkit insyaAllah...

No comments: