Thursday, August 25, 2016

"Sudah Ku Tahu"



Sayang !!  Aku kau lupa Aku kau luka Tanpa kau sedar  
Sayang !! Selamat tinggal Akukan pergi Buat selamanya  
Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA...



 
haha...jenuh carik lagu sapakah ini?
sebab si isyraf tu pon boleh hapal & follow (siap kuatkan radio) kalau dengo lagu nih.

 
aku kalau lagu2 zaman sekarang nih, memang x berapa nak tau.
kalau lagu 80an 90an...memang mr abah pon jeling2 kalau aku nyanyi sebab lagu x femes pon aku hafal haha...


itu dulu......
faktor usia...memang x berapa nak dengar radio sangat pon sekarang nih.
sekadar sekali sekala...tidak seperti di zaman kegemilangan remaja dahulu.
zaman sekolah2 di mana walkman was an "in thing"...siap kena rampas huahuahua...
bila kena rampas, siap suh pulak atok belikan radio biasa yang x boleh dengar cassette (hahaha...zaman sekarang cassette pon budak2 x tau).  itu peraturan hostel, kena la follow kalau x nak kena rampas.  how i missed hostel life walaupun sebok call mak nak balik hahaha...sampai sekarang aku kena bahan ngan atok mak gara2 sebok x nak dok hostel.


ohhh...nostalgic sungguh entry kali nih walaupun asalnya nak cerita pasal lagu faveret si isyraf nih!



 

Tuesday, August 23, 2016

Syawal 1437H - Final



allahuakbar...
haha...punya la lama entry ni dalam draft mode.  teruk betoi.  x menyempat2...x tau la apa yang dibzkan.  ok2...hr ni jugak kena post walaupon syawal dah lama berlalu...#jangankecamsaya


syawal dah sampai ke penghujungnya (adoiiii...aku ni menaip asik ada je gangguan x siap2 haha...).  so cukup2 la cerita pasal syawal kan hehe (ni last)...kalau banyak gambar, menarik jugak nak hapdet banyak2.  ni, gambar secotet je haha...


25 Syawal

irfan ada trip kembara sejarah ke perak...to be exact gua tempurung & kellie's castle. excited ni nak gi trip.  trip ni patutnya bulan mac ke april hr tu.  tp time tu kan yg musim panas tu, so arahan kpm kena la tunda program ni.




kul 6.15 pg dah sampai sekolah


aku yg bangun paling awal sebab nak gorengkan karipap & nuggets bagi irfan bawak bekal (padahai cikgu sediakan makan diaorang lagi best...tp tetap abis bekal yang aku bagi tu.  kalau bg makanan kat irfan, no worries...kompem abis!)




babai irfan...seb baik dia pilih dok tepi tingkap.
ada 3 bas semuanya yang pegi.  gigih cikgu2 handle murid2 yang ramai ni


dalam pukul 10.30 pm baru diaorang sampai semula ke sekolah.  sakan sungguh.  tp ye lah...perjalanan pon agak jauh.  yang penting, semuanya selamat & irfan pon happy sungguh dapat pegi trip nih.  ada plak satu lagi trip hujung tahun nih, dia nak join jugak.  pengsan mak kau nak...bukan sikit2 bayarannya huhu...


26 Syawal


event yang ditunggu2 oleh mr abah haha...EOCM Warikh Raya Gathering.  kali nih buat kat rembau.




macam biasa la aku...bila dah sebok dengan anak2 nih...memang gambar pon x amik, makan pon x kenyang, duduk berdiri pon x keruan hehe...menunya pot luck.  aku oder talam suji je.  banyak la makanan lain yang aku x berapa sempat nak jenguk haha...durian pon ada.  tp durian kalau nak makan, aku suka santai dok kat rumah.  makan kat tempat2 cam gathering ni, aku x berapa la.  ohhh...ada banana crumble.  selalu makan apple crumble kan? banana crumble ni sedap jugak.


faces of insyirah

ok...itu saje entry raya untuk tahun nih.  insyaAllah kalau dipanjangkan umur jumpa lagi di syawal akan datang.  kalau boleh, nak banyakkan lagi berziarah (& capture more pictures of course).  tp tu la...kalau x dilapang2kan masa...memang agak sukar juga huhu...