Friday, September 23, 2016

Mom@Work : Kuching




#terobek
#kuching2016
#28hingga30ogos


alhamdulillah...tahun ni diberi peluang untuk menghadiri seminar yang agak jauh sikit.  tq boss!!



seminar anjuran uum...tp buat kat sarawak.  caya lah uum!!


yang paling best sebab dapat power bank tu hehe...


isyraf dr rumah lagi dah syok sebab nak naik kapal terbang.  memang mengamuk la dia bila orang kata dia x ikut.  so masing2 biar je dia berangan sendiri dalam kereta.  tp hadap la bila mama nak checkin.  memang menangis la dia huhu...insyirah pon x menangis syaf oiiii...


my room @ the majestic riverside, kuching.  spacious room tp dok sorang je.  alangkah bestnya kalau satu family pegi.  tp tu laaaa...seminar bukan time cuti sekolah.  mmg x la aku nak angkut semua huhu...


pemandangan from my room...pukul 6pm dah gelap kat luar nih sebab dalam kul 650pm dah maghrib dah kat sini.

dinner on the 1st night

mr bean!!  ciplak haha...


ada lawatan ke kampung budaya sarawak...as part of the seminar program.  syok jugak macam ni.  sebab nak harap berjalan sendiri, memang x sempat la.







x de la membeli banyak sangat.  dapat la sorang satu t-shirt, officemates dapat fridge magnet, beli terubuk masin 5 ekor, beli kek lapis & tabaloi sikit, beli batik sarawak untuk buat baju raya tahun depan haha..., alas meja untuk tok mak & me...itu saje!!


ok...buat masa ni, satu2nya negeri dalam malaysia yang aku belum jejak ialah...kelantan!!  haha...pasni bos hantar la gi kursus kat kelantan ya...cukup la lengkapkan perjalanan hehe...


untuk anak2, next time kita jalan2 ya.  bising masing2 x dapat ikut.  minggu ni mama ada kursus kat seremban, x de sapa pon nak ikut.  amboiiii...demanding ya.  yang naik kapal terbang je, sebok memasing.  ok2...next time nanti kita plan ya!!










Wednesday, September 21, 2016

Ulangtahun Kelahiran Ke10



#terobek
#06082016
(asik tb je la a few days nih...recall balik memories lama yang x tercoret)
 

birthday farah yang ke-10.  tp masa nih mr abah balik kampung jap hantar mak tok.  ohhhh...mak tok dok ngan kami almost sebulan jugak.  dr lepas raya lagi.  saje nak bertukar angin rasanya tu.  sebab mak tok mmg jarang sangat2 nak datang rumah kami ni.


since mr abah x de, kita tunda la sesi makan2 birthday kita.  kesian pulak bday girl x de celebration apa2,  mama buat la koktel.  kebetulan irfan ada tuition pg tu.  singgah la kedai jap beli barang2.  sebenarnya dah buat dah separuh jalan.  mmg ada stok susu kat rumah.  baru terperasan susu cair tu dah expired huhu...terbuang la koktel tu camtu je.

 



petang2 sikit, buat makaroni bakar pulak.  ni mmg favorite the kids.  sekali hadap je nih, licin hehe...

 


next daynya, mr abah balik...moh le kita makan luar.  farah request nak makan chicken chop kat maboro steak house yang baru je bukak.  ok jommm...



semua request nak air spesel.  minum la kome...


bday girl dengan chicken chop nya...

 
sori si kecik.  adik makan fries je la ek...


si mamat yang suka sangat makan burger.  tp x nak sayur.  dah kosong burgernya, daging semata2 ngan roti.  terus isyraf x nak makan haha...aku tengok pon x berselera kosong gitu.



sizzling chicken...chicken chop...lamb chop


restoren nih,  untuk tekak kami (tekak aku ngan mr abah la...kalau tekak the kids, semua sedap haha...),  so so je la.  x sedap sangat pon.  kentang tu dia letak kentang rebus,  bukan mashed potato.  ok je, tp keras x empuk.  failed!  mr abah punya lamb, liat giler x leh nak makan.  aku rasa, untuk lamb memang x sesuai kot kat sini,  kena carik tempat lain.


untuk farah...semoga menjadi anak yang solehah...cemerlang dunia akhirat!  sentiasa mendengar kata orang tua & semoga sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah.  aamiin...

 

Tuesday, September 20, 2016

Mom@Work : Hari Pentadbir





#terobek
#20082016


aku terlibat sebagai urusetia konvensyen hari pentadbir anjuran persatuan pegawai tadbir universiti awam.



pada hari kejadian


awal pagi dah kena ada kat akept.  kebetulan pagi tu hujan.  mr abah pulak keja malam tu & sampai rumah quite lewat jugak.  since dah janji ngan aisyah nak gi sama2,  tinggal la anak2 kat rumah je.  ada lebih kurang 5 minit kot sebelum mr abah sampai rumah.



team urusetia yang x cukup korum


ada pameran.  masa ni timbalan menteri kpt tengah round.  tu yg crowded sket...


aku kena escort juri buat penilaian kat setiap pempamer sebab ada hadiah pameran terbaik.  ni juri tengah round2.



aku jadi urusetia untuk penginapan jugak.  penat jugak sebab dewan konvensyen dengan hotel jauh jugak.  kalau ada perubahan apa2 tu la yg letih sket nak ulang alik ke hotel.  kalau x de pape, ok je sebab list nama dah bagi kat pihak akept.  diaorang yang tentukan bilik mana nak bagi.


 
bilik hotel yang superb


overall, ok la.  pengalaman baru bagi aku sebab jarang sangat handle event.  ye la kan, dok kat audit dalam, orang x berapa nak suka haha...susah jugak la kalau dapat join events especially untuk terlibat jadik urusetia.


thanks a lot to the president sebab bagi kepercayaan.

 



Monday, September 19, 2016

Riadah Petang @ Tasik Ujana




lama jugak x bawak anak-anak beriadah...
2 minggu lepas bawak diaorang ke tasik ujana, ni.lai impian.
1st time singgah ke sini walaupun selalu jugak lalu depan nih.





boleh pulak selipar aku terputus dalam kereta huhu...
seb baik ada kasut irfan nih boleh pinjam.  beso sungguh kasut irfan nih, aku pon muat.


 
seb baik ada abang yang rajin melayan adik

suka gambar nih...walaupun hanya pemandangan belakang haha... 



ada orang banyak songeh...panggil banyak kali pon tetap nak pandang belakang...grrrr...


konon nak main badminton.  tp angin kuat sangat.  terkubur harapan.
next time ya kids.  kita explore taman lain pulak.


 

Saturday, September 17, 2016

19 Bulan






OMG!!...she is 19 months old today.  how time flies.
she really knows how to express her tantrums.  becoming worst everyday.  pengsan mak ko nak oiiiii...


mungkin sebab masih belum pandai bercakap kot.  so, bila kita x paham apa dia nak tu, mula la mengamuk sambil berenang2 kat lantai.  adoiiii...nak pujuk tu agak susah jugak.  kena follow apa yang dia nak.  memang x la kan...takkan semua nak ikut.


but she is one cute girl anytime, anywhere.  mengamuk tu pon cute la sangat hahaha...
she eats quite a lot...at one time, tambah nasik 3 kali pon abis (memang betul2 follow mak ko nih haha...) sampai dalam daily notes taska pon tulis "sangat suka makan" hehe...


happy 19 months old adik!!


 

Tuesday, September 13, 2016

Salam Aidil Adha



rasanya jarang sangat2 aku x balik kampung bila raya haji.
sebabnya...x leh recall aku masak sendiri untuk juadah raya.
ataupun selama nih, kalau x balik raya...aku buat dek je kot raya ke x...masak macam biasa je hehehe...


kalau ikutkan, raya haji ni turn balik kampung mr abah...sebab raya puasa hari tu dah balik johor.  tahun nih, cuti aku x berapa nak ada.  tp aku ok je balik rompin.  3 hari cuti kan + wikens? ok la sangat kalau dapat balik.  tup2 mr abah pulak x nak balik.  katanya kena keja.  ikut la mr abah oiiii...jangan ada yg kecik ati sudahhh huhu... 


our juadah raya


ada orang tanya, kenapa kalau raya kita mesti makan nasi impit ngan kuah (she meant - lodeh)?  sebabnya...mama kan jawa johor.  camtu ler makanannya huahuahua...x terfikir pon nak masak benda lain.  sebenarnya kalau masak nasi minyak or nasi tomato pon ok jugak kan?  tp tu lah...bila raya, memang ni je la yg terlintas.


sehari sebelum raya tu gi breakfast kat kedai makan dekat ngan rumah nih.  mr abah makan rendang daging.  dah dia minat pulak dahhhh...suh order for raya.  seb baik akak tu kata boleh.  setakat sekilo boleh la nak selit sementara dia nak masak petang tu.  yeayyyy!!


patutnya aku nak masak rendang ayam.  dah ada rendang daging, tukar la menu ke kari ayam pekat.  sedap makan ngan lemang.  memang dah mintak mr abah carikkan lemang sebatang dua.


tengahari tu ada pulak jamuan kat surau taman.  daging korban dimasak beramai2 & pastu makan beramai2.  kalau kat rumah atok, selalunya daging korban dilapah & dibahagi2 sesama penduduk.  memang x de la masak2.  kat sini, rasanya yang membantu melapah & gotong royong tu dapat jugak la sikit.  yang lain tu dimasak & masing2 perlulah ke surau makan sama2.


malam tu, keluarga pak uda & pak ucu datang beraya from kampung.  masing2 bawak makanan.  x muat esbok aku haha...nasi impit dah tinggal sikit, so aku masak je nasik.  lauk2 ada lagi.  mr abah tapau sup gear box from surau.  settle makan malam hehe...


gambar raya?  memang x de la.  budak2 je aku pakaikan baju melayu & bj kurung.  ngan syirah2 skali siap berbj kurung seharian.  tp aku??  pakai tshirt je la sebab sebok kat dapur kan?  kebetulan pagi tu hujan.  tp nak bg rasa kelainan sikit beraya di perantauan, bagi la budak2 semua ikut mr abah ke surau solat sunat raya & tengok orang sembelih lembu.  teruja semua balik bercerita kat mama.  tp terbantut sebab si isyraf boleh pulak nak buang air besar.  dah mr abah htr semua balik rumah.  bukan la x de toilet kat surau.  tp byk sgt songehnya...gelap la, takut la...hamek kauuu!  dok rumah tgk tv je la jwbnya haha...



masih belum terlambat nak wish EID MUBARAK untuk semua!!

   

   

Tuesday, September 6, 2016

Bila Sakit...



kiddos...



this week penuh dengan dugaan bila semua anak2 x sihat.
bermula dengan ir.fan yang demam, batuk2, selsema...complete set.
sampai sekrg pon masih belum baik sepenuhnya.
batuk2 tu still ada & quite teruk jugak bila malam2.


then insyirah pulak...yg nih kesian sgt sebab malam2 mmg tido ngan mama & batuk kahak dia quite teruk.  bila tido ngan mama, dia punya feel bila anak batuk tengah malam tu lain sket huhu...
syirah pon teruk jugak...smpi sekrg x ok lagi.  + selsema dia pon makin teruk pulak.
dah cakap dah kat mr abah kena bawak jugak neb ke apa.  kalau x, harus la kahak tu x hilang.  budak tu bukan reti nak luahkan.  abis semua ditelan.


izryn plak tetiba petang ahad hr tu muntah2...adoiiii...
salah mama kah? sebab wikens memang x de makan luar.
mula la mr abah salahkan ciskut mama yg mama buat hr sabtu & mama plak salahkan nasi lemak yg mama masak pagi ahad haha...semua salahkan makanan!


tp mama suspect mungkin fresh milk yg mama guna la kot.  mungkin contaminate ke apa kan.  abis semua makanan mr abah buang je...nasi lemak tu ada banyak jugak & oso makaroni bakar with cheese yang aku buat petang ahad tu...semua bagi kat pak tong sam je huhu... 


malam tu bawak semua gi klinik.  yg paling bersuka ria ialah farah & isyraf la sebab sihat walafiat kan?


dah balik klinik, farah plak muntah & pastu pening2 sampai besoknya.


pagi isnin pulak, dah siap2 mandi nak gi sekolah...dahhh isyraf plak muntah2.
the whole day dia muntah & x nak makan huhu...
hr ni planning nak bawak dia gi klinik masuk air ke hape...takut dehydrate ke apa.
sekali tu, pagi ni bangun dengan ceria terus carik makanan haha...
tp x nak gi sekolah.  ok la syap...kasik can hari ni rehat la kat rumah.


bersyukur sangat kalau bab sakit2 ni memang mr abah tip top.
dia amik cuti 2 hari ni untuk tengok anak2.  & hr ni syirah pon x hantar taska.  mr abah willingly to jaga.


mama?? ohhh...cuti mama dah agak suam2 kuku & perlu disimpan sikit untuk hari2 mendatang hehe...