Tuesday, September 13, 2016

Salam Aidil Adha



rasanya jarang sangat2 aku x balik kampung bila raya haji.
sebabnya...x leh recall aku masak sendiri untuk juadah raya.
ataupun selama nih, kalau x balik raya...aku buat dek je kot raya ke x...masak macam biasa je hehehe...


kalau ikutkan, raya haji ni turn balik kampung mr abah...sebab raya puasa hari tu dah balik johor.  tahun nih, cuti aku x berapa nak ada.  tp aku ok je balik rompin.  3 hari cuti kan + wikens? ok la sangat kalau dapat balik.  tup2 mr abah pulak x nak balik.  katanya kena keja.  ikut la mr abah oiiii...jangan ada yg kecik ati sudahhh huhu... 


our juadah raya


ada orang tanya, kenapa kalau raya kita mesti makan nasi impit ngan kuah (she meant - lodeh)?  sebabnya...mama kan jawa johor.  camtu ler makanannya huahuahua...x terfikir pon nak masak benda lain.  sebenarnya kalau masak nasi minyak or nasi tomato pon ok jugak kan?  tp tu lah...bila raya, memang ni je la yg terlintas.


sehari sebelum raya tu gi breakfast kat kedai makan dekat ngan rumah nih.  mr abah makan rendang daging.  dah dia minat pulak dahhhh...suh order for raya.  seb baik akak tu kata boleh.  setakat sekilo boleh la nak selit sementara dia nak masak petang tu.  yeayyyy!!


patutnya aku nak masak rendang ayam.  dah ada rendang daging, tukar la menu ke kari ayam pekat.  sedap makan ngan lemang.  memang dah mintak mr abah carikkan lemang sebatang dua.


tengahari tu ada pulak jamuan kat surau taman.  daging korban dimasak beramai2 & pastu makan beramai2.  kalau kat rumah atok, selalunya daging korban dilapah & dibahagi2 sesama penduduk.  memang x de la masak2.  kat sini, rasanya yang membantu melapah & gotong royong tu dapat jugak la sikit.  yang lain tu dimasak & masing2 perlulah ke surau makan sama2.


malam tu, keluarga pak uda & pak ucu datang beraya from kampung.  masing2 bawak makanan.  x muat esbok aku haha...nasi impit dah tinggal sikit, so aku masak je nasik.  lauk2 ada lagi.  mr abah tapau sup gear box from surau.  settle makan malam hehe...


gambar raya?  memang x de la.  budak2 je aku pakaikan baju melayu & bj kurung.  ngan syirah2 skali siap berbj kurung seharian.  tp aku??  pakai tshirt je la sebab sebok kat dapur kan?  kebetulan pagi tu hujan.  tp nak bg rasa kelainan sikit beraya di perantauan, bagi la budak2 semua ikut mr abah ke surau solat sunat raya & tengok orang sembelih lembu.  teruja semua balik bercerita kat mama.  tp terbantut sebab si isyraf boleh pulak nak buang air besar.  dah mr abah htr semua balik rumah.  bukan la x de toilet kat surau.  tp byk sgt songehnya...gelap la, takut la...hamek kauuu!  dok rumah tgk tv je la jwbnya haha...



masih belum terlambat nak wish EID MUBARAK untuk semua!!

   

   

No comments: