Thursday, October 27, 2016

Taman Cabaran Putrajaya



lama x bersiaran.
maklum ler musim exams sekarang nih.  tensen ngan anak2 sama.
exams kali ni begitu mencabar sebab x tau kenapa, masing2 memang buat sambil lewa je.  nak menangis rasanya.
exams kali ni jugak paling lambat abis dalam sejarah.  bayangkan untuk tahap 2 exams untuk paper teras will be seminggu lepas deepavali.  pengsan mak ko nak menghadap anak2 yang asal suh bukak buku je...either tido or main x hengat huhuhu...tabah la ya mama sikit lagi nih.


meh citer sket pasal anak2...
ni rasanya a few months back.  mama yang gatal nak bawak diaorang try something new.  padahal tempat dia pon x tau kat mana.  siap boleh pegi tempat lain...rupanya taman cabaran ni kat depan lagi.  gigih mr abah beli goreng pisang tepi jalan nak makan kat taman.  tp taman cabaran ni mana ada tempat lepak (ohhh...ada la kot benches kat tepi bawah tu.  tp kat belakang tu hutan banyak monyet.  x nak la...takut)...bawak balik je pisang tu makan kat rumah haha...


ir.fan je yang ok sket panjat2 nih.  nampak gak la usahanya manjat sampai atas...


budak ni pon gigih panjat yg rendah2.  sampai atas je sebok suh amik gambar


budak 2 orang ni yang geram sangat nengoknya.  panjat half way, terjun bawah.  panjat lagi, terjun lagi.  x koser mak ko nak layan dah gitu kekdahnya memanjat.


budak paling baik haha...berdiri statik tengok je orang panjat.  berdiri sampai bosan, lari dok ngan mr abah kat luar hehe...


sebenarnya, aku pon teringin nak panjat.  tp ni tempat budak2.
yang kat bawah, pak guard kata untuk yang dah pro.  so, aku ni nak panjat katne?
hmmmm...panjat katil tido je la gamaknya.


budak2 ajak pegi lagi.  tengok la bila2 ya...

No comments: